29 Julai 2009

Lagi-lagi Cinta

Ni bukan novel baru dipasaran.. kalau tak silap aku, novel ni release tahun 2004 & 2005.. saja aku baca memandangkan aku sudah jatuh minat pada Damya Hanna lepas baca Rela Kumenanti (2006).. minggu lepas dah abih baca dua2 novel ni, tapi tak sempat lg buat review kt sini..


Secara ringkasnya tentang dua novel ini:



Karya kedua Damya Hanna ni penuh dgn kisah penderitaan Haziqah yg ditinggalkan tunang & terpaksa berkahwin dgn Fakrul walaupun tanpa rasa cinta. Haziqah berduka akibat fitnah yg ditabur oleh kakak tirinya sehingga dia dikeji oleh org kampung & teman baiknya sendiri. Dugaan demi dugaan dtg melanda. Dihalau dari rumah, kematian ibu, digantung tak bertali, rahsia sejarah latar belakang ibu kandungnya, kebencian kakak tiri & suaminya yg dingin.


***************************************


Karya ketiga Damya ni pulak, masih lagi bertemakan cinta. Kisah Nur Dhuha yg dijual oleh abangnya utk melangsaikan hutang. Bertemu kembali dgn Syamir yg pendendam, menambahkan lagi duka dihati. Namun lelaki itu jualah yg menyelamatkannya daripada terus dipergunakan. Kecewa dgn sikap Syamir, Nur Dhuha pergi membawa diri. Dalam diam, dia mula jatuh sayang pada Syamir. Syamir yg terlalu ego mula terasa kehilangan.

Watak Nur Dhuha pun ada rahsia sejarah hidup jugak... lebih kurang sama dgn sejarah hidup Haziqah, dimana kedua2nya merupakan anak angkat.. keegoan watak Syamir & kedinginan watak Fakrul juga hampir sama.. geram betul dgn sikap lelaki2 tu.. mengingatkan aku pada sikap seseorg yg pernah hadir dalam hidup aku..

Kisah hidup Haziqah & Nur Dhuha mmg agak tragis.. walaupun asas jalan cerita kedua2 novel ni lebih kurang sama, masing2 punya kekuatan tersendiri... seperti biasa, karya Damya Hanna mmg tidak menghampakan aku... Best!! :)

Comments :

0 komen to “Lagi-lagi Cinta”

Catat Ulasan

 

Hakcipta ©  AFZAN AMIR untuk ceritera hidupku ::AUGUST 2009::

Credited to Mr. Rohman